fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hair ini. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Siasatan kes pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ini selepas siasatan terhadap kes tersebut termasuk di tempat kejadian dan penelitian rakaman televisyen di sekitar asrama itu selesai dilakukan pihaknya.

Katanya, polis juga telah merakam pencakapan daripada ramai individu bagi membantu siasatan itu.

“Memang siasatan sedang berjalan dengan cukup aktif dan telah merakam banyak keterangan untuk membantu siasatan termasuk siasatan di tempat kejadian telah selesai sebenarnya.

“Kini, kertas siasatan sedang dikemaskini untuk diangkat kepada rujukan pihak pendakwaan negeri untuk memohon nasihat dan pendapat selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada kes tersebut mempunyai unsur buli atau tidak sehingga taklimat penuh diberikan kepada pejabat pendakwaan negeri terlebih dahulu.

Kata Shazeli, mangsa yang menerima rawatan di hospital dan dilaporkan masih belum sedarkan diri.

“Tiada tangkapan dilakukan sehingga kini. Namun, kita telah memperolehi petunjuk-petunjuk positif dan hala tuju itu, kita sudah nampak hasil keterangan ramai individu berhubung kes itu,” tegasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, dilaporkan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama yang didakwa mempunyai kaitan buli dalam kejadian pada 24 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI