fbpx
ZAMRY melawat reruai digital yang dihasilkan pelajar institut pengajian tinggi pada Program DICE 3.0 di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru hari ini.

Rusuhan Indonesia: KPT pertimbang bawa pulang pelajar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbang untuk mengambil langkah membawa pulang mahasiswa Malaysia di Indonesia sekiranya situasi rusuhan di Indonesia semakin meruncing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagaimanapun buat masa ini, keadaan demonstrasi di Republik itu masih terkawal dan stabil.

Katanya, pihaknya bersama Kementerian Luar mengikuti secara langsung perkembangan terkini dan maklum balas keadaan di negara itu daripada wakil Malaysia iaitu Education Malaysia Indonesia (EMI).

“Jadi, kalau keadaan (rusuhan di Indonesia) meruncing, maka sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk mengambil langkah-langkah proaktif.

“Malah, pada ketika ini pun sebenarnya kita membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memastikan sebarang kejadian yang mungkin akan memudaratkan pelajar-pelajar kita, maka langkah-langkah segera akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 (DICE 3.0) di Pusat Konvensyen Persada Johor di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan, Polis Metropolitan Jakarta (Polda Metro Jaya) menahan 1,240 individu yang dipercayai terbabit dalam tindakan rusuhan yang berlangsung di sekitar bandar raya itu sejak 25 Ogos lalu.

Menurut Zambry, ketika ini terdapat lebih 1,200 pelajar Malaysia yang sedang belajar di seluruh negara itu termasuk di Jakarta, Sumatera dan Pulau Jawa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI