fbpx
Gambar Reuters yang dikongsikan Anwar di media sosial miliknya, hari ini.

PM zahir dukacita tragedi di Afghanistan, Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita terhadap gempa bumi yang melanda Afghanistan sehingga menyebabkan ramai rakyatnya terkorban.

Selain itu, beliau turut menyatakan rasa pilu dengan kejadian tanah runtuh di Sudan yang telah meragut lebih 1,000 nyawa.

“Saya amat sedih dengan kejadian gempa bumi yang melanda Afghanistan, meragut banyak nyawa serta meninggalkan keluarga dalam dukacita dan kesusahan.

“Saya juga berasa pilu apabila mendapat tahu mengenai kejadian tanah runtuh besar di Sudan yang telah meragut lebih seribu nyawa,” luahnya di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Afghanistan dan Sudan dalam mendepani detik-detik sukar berkenaan.

“Doa dan ingatan saya bersama semua yang telah kehilangan insan tersayang.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Afghanistan dan Sudan dalam saat dukacita dan kesedihan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN