fbpx
Ketibaan Anwar dan Wan Azizah di Dataran Tiananmen disambut oleh Xi Jinping dan isteri, hari ini.

PM sertai Perarakan Hari Kemenangan China di Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing hari ini.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah antara 26 pemimpin asing yang hadir menyertai perarakan ketenteraan itu.

Ketibaan kedua-duanya disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan, sebaik tiba di dataran berkenaan.

Menerusi siaran langsung acara berkenaan di CGTN, Presiden Rusia Vladimir Putin, Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto juga antara yang dilihat hadir.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja empat hari di China bermula Ahad lalu atas jemputan Xi Jinping bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (Shanghai Cooperation Organization –SCO).

Lawatan itu juga bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 Kejayaan Rakyat China dalam Peperangan Menentang Pencerobohan Jepun dan Peperangan Anti-Fasis Sedunia.

Penyertaan Malaysia dalam acara ini dilihat mencerminkan komitmen negara untuk terus memperkukuh hubungan dengan China, di samping menzahirkan solidariti dan penghormatan Malaysia terhadap perjuangan serta pengorbanan rakyat China semasa Perang Dunia Kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI