fbpx
Hussein (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

Peniaga diberkas, tak sempat seludup syabu RM6.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Taktik seorang peniaga kedai runcit menyembunyikan dadah bernilai RM6.5 juta yang baru diseludup dari Thailand di kawasan semak di Kampung Kasar, Pasir Mas gagal apabila dia diberkas pihak berkuasa minggu lalu.

Suspek yang berusia 27 tahun ditahan pada 25 Ogos lalu ketika berada di premisnya yang terletak beberapa kilometer dari lokasi penemuan syabu berjumlah lebih 202.2 kilogram (kg) itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek menjadikan semak sebagai transit sebelum diambil oleh ahli sindiket yang lain.

Dadah itu kemudian akan dihantar untuk dijual bagi pasaran sekitar Lembah Klang.

“Pemeriksaan di kawasan semak itu menjumpai tujuh guni berisi syabu. Penemuan dadah itu kemudian membawa kepada penahanan suspek tidak jauh daripada lokasi rampasan.

“Siasatan mendapati, kesemua dadah itu diseludup melalui pangkalan haram di Kampung Terusan, Rantau Panjang menggunakan bot sebelum dipunggah ke dalam dua buah kenderaan milik suspek untuk disembunyikan di kawasan semak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Hussein berkata, suspek dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ dan aktif menjalankan kegiatan penyeludupan dadah tersebut sejak awal Julai lalu.

Katanya, kesemua 202.2kg syabu yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 1.02 juta penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine dan mempunyai empat rekod dadah dan satu kes ugutan jenayah.

“Polis kini sedang dalam usaha untuk menyita kedai runcit milik suspek yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah,” katanya.

Suspek direman selama 14 hari bermula 26 Ogos lalu sehingga 8 September ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI