fbpx
GAMBAR HIASAN

Pencuri jadi kaya lepas cuba nasib tekan pin 123456

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan wang simpanan suaminya licin dikebas selepas kesemua duit dikeluarkan oleh individu yang menemui kad ATM milik lelaki itu menggunakan nombor pin 123456.

Kata wanita itu, kesemua wang itu dikeluarkan ketika kad itu tercicir pada 27 September lalu.

“Silap suami guna nombor pin senang sangat, 123456, katanya supaya mudah diingat. Tak sangka pula boleh jadi begini,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak bank memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan boleh diambil kerana transaksi dibuat menggunakan nombor PIN yang sah.

Netizen kemudian memberi nasihat agar menggunakan nombor pin yang lebih unik dan hadkan penggunaan harian agar perkara tersebut tidak terulang di kemudian hari.

“Kad atm hilang, tercicir atau hilang benda pertama kena buat, call (telefon) bank, blok kad terus,” ujar Norfarhana.

“Bila kad hilang, benda pertama kena buat transfer (pindahkan) semua duit dalam akaun ke akaun pendua. Kemudian, hubungi bank untuk sekat kad. Benda boleh buat dihujung jari 10 minit setle (siap) tanpa perlu bergerak ke sana ke sini,” ujar Alma Adila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI