fbpx
Saifuddin.

Pasukan polis mesti mahir ilmu teknologi, digital – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memperkasakan pasukan dengan ilmu teknologi dan kemahiran digital.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, kesiapsiagaan yang setara penting bukan sekadar kekuatan anggota semata-mata dalam mendepani kepantasan ancaman siber.

“Jenayah kini tidak lagi bermuka di jalanan sahaja, tetapi juga bersembunyi di ruang digital.

“Dunia semakin canggih, dan jenayah siber berkembang sama pantasnya. Taktiknya semakin halus, licik dan berbahaya,” katanya di media sosial.

Oleh itu katanya, keselamatan rakyat hari ini mesti dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya di dunia nyata.

“Keselamatan rakyat kini juga perlu dilihat di dunia maya. Jika dahulu ancaman hanya bersifat fizikal, kini ia muncul dalam bentuk mesej, panggilan palsu, atau klik di hujung jari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN