fbpx
Papagomo.

Papagomo bebas tuduhan berkaitan kata hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Penulis blog, Papagomo dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menyebut kata hasutan mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, dua tahun lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, di akhir kes pendakwaan.

Wan Muhammad Azri didakwa menghasut di laman Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari, 8 Nov 2023.

Justeru, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan terhadap Wan Muhammad Azri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Deepa Nair Thevaharan.

Wan Muhammad Azri pula diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Logen Eskander hadir bagi pihak Wan Muhammad Azri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI