fbpx
Sherry kesal acapkali dituduh belum 'move on' daripada percintaan yang sudah berakhir 10 tahun lalu dengan seorang pelakon lelaki.

‘Mungkin benda ini berhenti sepenuhnya kalau saya kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya sudah lama move on.”

Demikian kata pelakon Sherry Ibrahim sekali gus berharap orang ramai berhenti mengungkit kisah cinta lamanya selain menyifatkan perkara tersebut sebagai buli siber.

Menurut Sherry, 42, dia tidak menolak perkara tersebut terus menjadi perbualan ramai kerana statusnya yang masih belum berkahwin.

“Kalau boleh tak nak ulas lanjut namun saya rasa tidak sepatutnya cerita-cerita lama dijaja lagi sebab masing-masing sudah lama move on (teruskan hidup) dan ada kehidupan sendiri.

“Mungkin sebab status saya begini (belum kahwin) dan jarang kongsi dalam media sosial tentang kehidupan peribadi.

“Cerita tersebut sudah 10 tahun berlalu dan perlu lupakannya. Saya rasa ini seperti buli siber juga,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan istimewa dan sidang media drama #fyp terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, semalam.

Katanya, meski belum berkahwin, dia menegaskan tidak pernah tersekat dalam hubungan lampau.

“Rasa sedih juga sebab orang anggap saya masih belum move on bila saya jarang kongsi cerita peribadi atau masih hidup solo.

“Saya persoal juga, kenapa benda yang sudah berlaku bertahun-tahun jadi bualan semula. Mungkin benda ini akan berhenti sepenuhnya kalau saya kahwin.

“Namun, saya rasa lega apabila sudah luahkan dalam media sosial, ramai juga beri respons positif dan sokongan,” ujarnya.

Terdahulu, Sherry mencuri perhatian dalam media sosial meluahkan rasa kecewa apabila segelintir individu masih mengungkit kisah cinta lamanya dipercayai dengan seorang pelakon lelaki.

Sebelum ini, Sherry meluahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang masih meninggalkan komen negatif kepadanya dalam media sosial.

Dia juga pernah menyelar tindakan seorang individu yang menuduhnya masih belum ‘move on’ daripada kehidupan lalu dan kisah percintaanya dengan Fattah sebelum ini.

Tuduhan tersebut disifatkan sebagai fitnah, malah seakan-akan sengaja dicipta demi menyemai kebencian terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI