fbpx
MARINI akan terus kekal mengemudi jentera Honda untuk saingan musim depan selepas memperbaharui kontrak. - AFP

MotoGP: Marini kekal pacu Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pelumba Itali, Luca Marini akan meneruskan perjalanan kariernya bersama pasukan Honda HRC untuk satu musim lagi selepas menandatangani lanjutan kontrak sehingga penghujung musim MotoGP 2026.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan Honda mengekalkan barisan pelumbanya tanpa perubahan, dengan Marini akan terus bergandingan bersama Joan Mir yang sebelum ini telah pun mempunyai kontrak sehingga akhir 2026.

“Saya amat berbesar hati dapat meneruskan komitmen bersama Honda. Sejak menyertai pasukan ini pada 2024, kami sentiasa menunjukkan peningkatan. Saya berazam untuk terus membantu Honda kembali bersaing di kelompok hadapan MotoGP,” katanya.

Marini menyertai Honda selepas tiga musim bersama pasukan VR46 Ducati, mengambil tempat yang ditinggalkan juara enam kali dunia, Marc Marquez.

Walaupun belum mencatat keputusan podium, pihak pengurusan Honda menilai Marini sebagai aset penting dalam pembangunan jentera RC213V, khususnya berdasarkan kemahiran teknikal dan maklum balas yang konsisten diberikan kepada jurutera.

Sementara itu, pelumba Perancis, Johann Zarco turut diumumkan akan terus mewakili pasukan LCR Honda sehingga akhir musim 2027 menerusi lanjutan kontrak selama dua tahun.

Pelumba dari Perancis itu menjadi antara penyumbang utama mata kepada Honda musim ini, termasuk meraih kemenangan dalam perlumbaan Grand Prix Perancis yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Honda dijangka mengumumkan pelumba baharu bagi mengisi kekosongan di LCR musim depan, dengan laporan menyebut Diogo Moreira dari Moto2 bakal menggantikan Somkiat Chantra yang kurang menyerlah sepanjang musim ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI