fbpx
Shazeli menunjukkan komputer rampas daripada sindiket judi atas talian itu. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Menyamar wanita pikat kaki judi di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menyamar sebagai wanita untuk memikat kaki judi dari luar negara antara modus licik digunakan sindiket judi online yang berjaya ditumpaskan menerusi satu serbuan pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada pukul 5.10 pagi ke atas rumah teres di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, polis berjaya memberkas 33 warga asing dan seorang rakyat tempatan berusia 19 hingga 33 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati sindiket mampu meraih keuntungan harian sebanyak RM2,000 hingga RM2,500 sebulan menerusi beberapa permainan judi yang ditawarkan.

Katanya, operasi judi itu bermula pada pukul 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

“Ahli sindiket menyamar sebagai wanita untuk menarik pelanggan khususnya di luar negara menerusi aplikasi Facebook.

“Pelanggan yang berjaya dipujuk akan diminta mengakses laman web perjudian. Segala urusan pertaruhan dan pengeluaran wang dilakukan melalui WhatsApp menggunakan akaun luar negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat mendapati suspek tempatan bertindak sebagai penjaga premis dan penyelia kepada ahli sindiket ini dengan pendapatan RM5,000 sebulan. Suspek-suspek lain pula dibayar gaji sebanyak RM2,000 sebulan.

“Polis turut merampas 21 buah komputer dan 22 buah telefon bimbit. Semakan mendapati hanya lima daripada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Ujian air kencing terhadap kesemua suspek termasuk lima wanita mendapati mereka bebas bahan terlarang. Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI