fbpx
TIGA buah kereta musnah sepenuhnya selepas terbakar di Kampung Beringin, Alor Gajah awal pagi tadi.

Letupan kejutkan penduduk, tiga kereta rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Tiga buah kereta musnah sepenuhnya dalam kebakaran di hadapan deretan lima buah rumah di Kampung Beringin di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, tiga kenderaan terlibat jenis Honda City, Toyota Vios dan Perodua Myvi yang diparkir di kawasan terbabit hangus sepenuhnya.

Seorang penduduk, Easah Ahmad, 55, berkata dia tersedar selepas terdengar bunyi letupan kecil sebelum melihat api sedang marak pada salah sebuah kereta.

“Mula-mula saya ingat bunyi enjin kereta jiran tapi bila terdengar letupan kecil saya bangun tengok luar. Mujurlah saya segera kejutkan dua anak lelaki yang sedang tidur, kalau tidak tak tahulah apa nasib kami tiga beranak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Easah, jirannya cuba memadam kebakaran dengan paip getah namun gagal kerana tekanan air terlalu rendah sebelum menghubungi bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.31 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI