fbpx
Fahmi

KDN perlu teliti aspek keselamatan babitkan program dihadiri Raja-Raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan supaya meneliti aspek-aspek bagi meningkatkan keselamatan terutama bagi program dihadiri Raja-Raja Melayu.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, arahan itu dikeluarkan susulan insiden cubaan seorang wanita menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, Ahad lalu.

“Ada (insiden ke atas Sultan Perak) juga dibangkitkan mengenai aspek keselamatan termasuk apa yang berlaku di Ipoh, Perak pada mesyuarat hari ini.

“KDN telah diminta untuk meneliti aspek-aspek mempertingkat keselamatan terutama bagi Raja-Raja Melayu supaya tidak berlaku apa-apa keadaan yang tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita tempatan ditahan selepas cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI