fbpx
STATUS perkahwinan Shuk dan Fara disahkan Mahkamah Rendah Syariah Johor.

‘Kami kahwin sah, lepas ini nak selesai cerai pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penantian berakhir, isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh kini mampu menarik nafas lega apabila status perkahwinan mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Johor, hari ini.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, selepas ini tumpuannya adalah untuk menyelesaikan urusan pengesahan talak yang pernah dilafazkan lelaki terbabit terhadapnya.

“Alhamdulillah, perkahwinan (kami) sah. Bertahan dulu Nada (anak).

“Selepas ini nak selesaikan urusan perceraian pula,” katanya dalam hantaran menerusi InstaStory.

Menerusi perkongsian lain, wanita berkenaan memaklumkan mahu segera pulang ke rumah untuk bersama puterinya yang baru berusia hampir tiga bulan.

Sebelum ini situasi antaranya dengan Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, tegang selepas pelawak berkenaan didakwa tidak muncul ketika prosiding pertama pengesahan pernikahan mereka pada 10 Julai lalu.

Fara melampiaskan kekecewaan di laman sosial dengan menyatakan suaminya tidak menghiraukan kes yang sedang berlangsung di mahkamah.

Katanya, dia memohon pengesahan bagi menguruskan dokumen pengenalan diri buat anak mereka memandangkan pernikahan diadakan di luar negara.

Merumitkan lagi keadaan apabila Fara turut mendakwa dirinya juga diceraikan Shuk yang melafazkan talak ketika di Thailand.

Terdahulu, Fara atau Nurfarawahida Salleh mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI