fbpx
Suspek (berbaju jersi) akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, pagi esok.

Guru kelar leher isteri dituduh di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Guru lelaki yang bertindak mengelar leher isterinya dengan sebilah pisau di bilik tidur mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen, pagi esok.

Pendakwaan terhadap suspek berusia 30 tahun yang juga bapa kepada seorang anak perempuan itu dijangka berlangsung pada pukul 9 pagi.

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera parah dia boleh dipenjarakan selama 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam turut mengesahkan perkara tersebut.

“OKT (orang kena tahan) kelar isteri akan dituduh esok (Khamis),” katanya ringkas di sini, petang ini.

Sabtu lalu, suspek yang merupakan guru di sebuah sekolah di negeri ini direman selama enam hari hingga 4 September bagi membantu siasatan kes yang dihadapinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Rabu lalu, guru lelaki itu bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan tersebut di Taman Tunas Muda, Sungai Ara.

Kejadian berlaku sebelum Subuh itu disedari oleh ibu mangsa yang terdengar jeritan anak perempuannya dari tingkat atas rumah dua tingkat tersebut

Ibu mangsa melihat anaknya ditindih sebelum menarik wanita itu turun dari katil bagi menyelamatkan mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian disebabkan suspek berdepan masalah hutang pinjaman dengan pihak bank untuk pelaburan saham, selain menanggung bayaran ansuran pembelian barangan melalui platform e-dagang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI