fbpx
Basri memeriksa dokumen dan pasport PATI yang ditahan dalam Ops Belanja di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Guna helah makan, bersiar-siar elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelbagai helah digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak ditahan dalam Ops Belanja yang dilaksanakan Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar Bukit Bintang, di sini malam tadi.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Osman berkata, antara alasan ‘popular’ yang diberikan mereka hanya keluar makan, bersiar-siar atau berjumpa kawan.

“Namun selepas diperiksa, kita mendapati pas lawatan mereka sudah tamat tempoh. Ada juga yang langsung tidak memiliki dokumen yang sah. Kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi malam tadi.

Menurut Basri, operasi yang dijalankan itu turut membongkar kewujudan sebuah premis perjudian dalam talian yang beroperasi di salah sebuah bangunan sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, JIM turut menyerbu sebuah premis judi dalam talian yang dilengkapi kamera televisyen litar tertutup (CCTV).

“Seramai lapan warga asing ditahan kerana leka bermain judi ketika serbuan dilakukan dan ditahan untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Tambahnya, sebahagian daripada warga asing itu juga dipercayai bekerja di tapak pembinaan berhampiran, manakala majikan dikatakan menyewa premis di sekitar Bukit Bintang untuk menempatkan mereka.

Seramai 2,445 individu diperiksa melibatkan 1,600 warga asing dan 845 warga tempatan, daripada jumlah itu, seramai 770 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN