fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah gudang di Estet Perindustrian Bintawa pagi tadi.

Gudang ranap terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Sebuah gudang di Estet Perindustrian Bintawa dekat sini musnah terbakar, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 5.40 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, BBP Padungan dan BBP Batu Lintang segera digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah gudang terbakar 100 peratus. Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air daripada pili bomba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pasukan bomba seterusnya menggunakan teknik ‘defensive’ bagi mengawal kebakaran, dengan struktur premis sudah mula runtuh dan ditutupi zink.

Katanya kebakaran tersebut tidak melibatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN