fbpx
REKOD kejadian gempa bumi lemah berlaku di Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat petang hari ini direkodkan menerusi laman web MetMalaysia.

Gempa bumi lemah kelapan di Johor, magnitud 2.9 direkodkan di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Satu lagi gempa bumi lemah direkodkan berlaku di Sri Medan, Parit Sulong, di sini pada pukul 6.39 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memberitahu, gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng di sini.

Menurut MetMalaysia, gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi lemah itu merekodkan gegaran kelapan sejak kejadian pertama berlaku di Segamat pada 24 Ogos lalu.

Terdahulu, lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi, 24 Ogos lepas dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi, Jumaat (3.4) dan 7.29 pagi Sabtu (2.7).

Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8.

Sementara gegaran terbaharu bermagnitud 3.0 dikatakan berlaku di Semerah, Batu Pahat pukul 1.57 petang Ahad lalu, menurut mesej pemberitahuan dalam Google.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI