fbpx
ISAK menandatangani kontrak selama enam tahun di Liverpool selepas melengkapkan perpindahan dari Newcastle. - AFP

EPL: Isak sah jadi milik Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Saga perpindahan paling hangat pada jendela perpindahan kali ini akhirnya menemui noktah apabila penggempur Newcastle United, Alexander Isak sah menjadi milik Liverpool.

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu melengkapkan perpindahan bernilai £130 juta (RM742.84 juta) termasuk bayaran bonus sekali gus memecahkan rekod perpindahan British.

Pemain antarabangsa Sweden itu bakal menandatangani kontrak selama enam tahun di Anfield sekali gus menyaksikan Liverpool sudah berbelanja sebanyak £416.2 juta (RM2.38 bilion) dengan membawa masuk beberapa pemain baharu.

“Ini adalah langkah seterusnya dalam karier saya. Perasaan yang sangat teruja apabila diberikan peluang ini dan bermotivasi untuk melakukan sesuatu yang istimewa bersama Liverpool.

“Saya mahu mencipta sejarah, memenangi trofi. Itu yang menjadi motivasi paling kuat untuk saya memiliki Liverpool. Ini adalah tempat terbaik untuk saya berkembang,” katanya.

Rekod perpindahan British sebelum ini dipegang oleh Moise Caicedo dengan nilai £115 juita (RM657.13 juta) ketika melengkapkan perpindahan dari Brighton ke Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI