fbpx
Bella enggan lagi dikaitkan dengan bekas suami, Aliff Aziz.

‘Dia dah tiada dalam hidup saya, doa terbaik untuk Aliff’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Astillah menegaskan sebarang perkara berkaitan bekas suaminya, Aliff Aziz kini tiada lagi mempunyai kaitan dengan dirinya.

Bella, 31, berkata, dia juga enggan memberi ulasan mengenai sebarang kenyataan dikeluarkan Aliff dalam mana-mana platform bagi menjaga hati banyak pihak.

“Apa-apa saja berkaitan dengan bekas suami, saya tak mahu komen.

“Dia dah tiada dalam hidup saya. Saya memang tak tahu bab itu (temu bual Aliff bersama media Singapura). Jadi, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Itu saja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan drama muzikal FYP di Angkasapuri di sini, semalam.

Katanya, dia memilih pendirian tersebut kerana sedar sebarang kenyataan akan memberi ketidakselesaan kepada pihak lain.

“Kalau saya nak cakap apa-apa tentang dia, mungkin akan ada ramai yang kurang senang.

“Banyak hati yang saya nak jaga,” katanya lagi.

Bella berkata demikian bagi mengulas kenyataan Aliff dalam satu temu bual yang meluahkan kerinduan terhadap dua anaknya, selepas dikatakan tidak berhubung sejak awal tahun ini.

Dalam perkongsian sama, Aliff turut mendoakan kebahagiaan Bella yang kini dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam perkembangan lain, Bella kini muncul dalam drama FYP terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama berkonsepkan muzikal itu turut dibintangi Rezza Shah, Daniesh Sufian, Sherry Ibrahim dan Datuk Aliff Syukri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI