fbpx
Gambar hiasan.

Ceramah Ustaz Wadi Annuar batal, tiada kaitan dengan saya – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Isu pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya urusan pihak masjid dan konsultan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri langsung tidak tahu menahu mengenai program itu dan terkejut apabila timbul dakwaan kononnya beliau tidak membenarkan ceramah berkenaan.

“Itu urusan pihak masjid dan konsultan, bukan kerajaan negeri. Saya tidak pernah diberitahu ada program tersebut. Kalau ada pihak rasa teraniaya, saya harap mereka beri penjelasan supaya tidak timbul fitnah kerana hukum fitnah sangat besar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar sebagai penceramah utama bagi program ‘Healing de’Masjid’ di Masjid Sri Sendayan yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Kekecewaan tersebut turut dikongsikan Ustaz Wadi melalui video yang memaklumkan, semua persiapan bagi program tersebut telah diatur rapi oleh pihak-pihak terlibat iaitu pengurusan Masjid Sri Sendayan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Aminuddin dalam pada itu berkata beliau tiada masalah dengan penganjuran sebarang program atau majlis ilmu, namun meminta isu itu tidak dipolitikkan atau dikaitkan dengan kerajaan negeri.

“Saya boleh memaafkan tiada masalah, tetapi janganlah ada pihak cuba mengaitkan perkara ini dengan kerajaan negeri atau dipolitikkan. Bukan jemputan daripada kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI