PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
Katanya, negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Hampir keseluruhan negeri Perlis dan Perak termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang. Kawasan yang terjejas di Terengganu adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang,” ujar kenyataan itu.
Amaran melibatkan kawasan lain yang terlibat di Pahang ialah Bera dan Rompin, Klang dan Petaling di Selangor turut terjejas manakala di Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin dan Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Seterusnya, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak dan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah. – KOSMO! ONLINE