fbpx
Muhammad Ammar ditemui selamat di Ampang.

Muhammad Ammar sudah dijumpai, berada di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Muhammad Ammar Mohd. Ariffin sejak 23 Ogos lalu terjawab apabila lelaki itu ditemui di kawasan Ampang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, penemuan itu adalah hasil usaha Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi mengesan anggota pertahanan berusia 27 tahun tersebut.

“Laskar Udara telah dijumpai di kawasan Ampang oleh pasukan polis IPD Serdang. Kenyataan media (laporan penuh) akan dikeluarkan sebentar lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas keluar mandi-manda di Sungai Kedondong, Hulu Selangor pada 23 Ogos lalu.

Lelaki itu yang dipercayai memandu kereta jenis Proton Satria berwarna biru dilaporkan tidak pulang ke kem pada 24 Ogos selain tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN