fbpx
HELIKOPTER digunakan untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi. - Foto Getty Images

Afghanistan dilanda lagi gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABUL – Gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud melanda timur Afghanistan, dua hari selepas gempa bumi kuat di kawasan sama meragut lebih 1,400 nyawa dan mencederakan 3,000 orang, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam yang memetik kenyataan kerajaan Taliban.

Usaha menyelamat selepas gempa berukuran 6 magnitud pada Ahad lalu itu menjadi rumit akibat tanah runtuh yang menutup laluan jalan raya sekali gus menyukarkan perjalanan darat.

Helikopter-helikopter telah digerakkan bagi membantu mencari mangsa yang masih terselamat di runtuhan kampung terpencil, di mana ramai mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan.

Kerajaan Taliban yang hanya diiktiraf oleh Russia telah merayu bantuan antarabangsa. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyalurkan dana kecemasan, manakala United Kingdom (UK) berjanji memberi bantuan bernilai AS$1.3 juta (RM5.50 juta).

Afghanistan kerap terdedah kepada gempa bumi, namun gegaran pada Ahad lalu adalah antara yang terkuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran susulan semalam berlaku pada pukul 12.29 tengah hari (waktu tempatan) dengan pusat gempa kira-kira 34 kilometer dari bandar Jalalabad yang kelima terbesar di negara itu. 

Kedalaman gempa bumi itu hanya 10 kilometer.

Seorang wartawan BBC di daerah Sawkai, antara kawasan paling teruk terjejas di wilayah Kunar, timur laut Afghanistan, berkata, gegaran kuat dapat dirasai.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kematian te baharu akibat gegaran susulan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI