fbpx
Anggota polis membawa keempat-empat suspek untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

4 pekebun sawit, getah direman kes bunuh lelaki di Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Empat pekebun sawit dan getah direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki di Sungai Kelantan dekat Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada 24 Ogos lalu.

Perintah reman terhadap empat lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ang bermula hari ini hingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.40 pagi tadi dengan menaiki trak polis.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, hasil bedah siasat terhadap mayat seorang lelaki yang ditemukan di Sungai Kelantan pada 24 Ogos lalu mendapati terdapat kesan luka kelar pada leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini mengesahkan kematian lelaki itu berpunca daripada kesan luka hiris pada lehernya.

Mohd. Rosdi memberitahu, sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI