fbpx
AHMAT menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang dihempap sebatang pokok petai ketika angin dan hujan renyai di Kampung Parit Jawa, Sanglang, Pontian, pagi semalam.

Solat subuh berjemaah selamatkan 7 sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila bahagian dapur rumah didiami mereka dihempap sebatang pokok petai tua dalam kejadian di Kampung Parit Jawa, Sanglang, di sini, pagi semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Ahmat Shari Misran, 42, berkata, ketika kejadian pada pukul 6.10 pagi, dia dan isteri, Siti Norlia Taib, 32, sedang sembahyang subuh bersama tiga anaknya di bahagian ruang tamu.

Manakala anak sulung mereka, Muhammad Haziq, 15, sedang mengambil air sembahyang sebelum tiba-tiba sebatang pokok petai yang berusia lebih 30 tahun telah tumbang menghempap dapur rumah.

“Ketika kejadian, hujan renyai-renyai dan ada angin kuat, nasib baik pokok petai tersebut tidak menghempap terus dapur sebaliknya berhenti pada bahagian tepi rumah, namun banyak kerosakkan dialami disebabkan kejadian tersebut.

“Antaranya zink rumah serta struktur asas dapur seperti tiang, bumbung tidak boleh digunakan lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Jawa, Sanglang, di sini hari ini.

Tambah Ahmat, dia bersyukur tiada kejadian buruk menimpa ke atas keluarganya yang tinggal di rumah pusaka berusia 50 tahun itu.

“Allah nak selamatkan kami sekeluarga, solat subuh berjemaah telah menghindarkan kami dari keadaan yang lebih buruk,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI