fbpx
Anwar dan Isteri tiba di Tianjin pada 31 Ogos lalu

Setiap langkah PM dan isteri adalah dakwah – Hasanuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setiap langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah dakwah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus berkata,
Perdana Menteri mewakili negara dalam risalah keamanan.

Menurutnya, penampilan Wan Azizah yang sopan bertudung mengiringi Anwar pula menjadi perhatian semua pihak.

“Setiap langkahnya (Anwar) dan langkah Kak Wan (Wan Azizah) adalah dakwah.

“Semua mata memerhati dan menghormati wanita sopan yang bertudung mengiringi Perdana Menteri yang mewakili negara dalam hubungan diplomatik, risalah keamanan dan perkukuh ekonomi penduduk dunia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Langat berkongsikan rakaman video ketibaan Perdana Menteri dan isteri di Tianjin, China pada 31 Ogos lalu.

Anwar mengadakan lawatan kerja empat hari ke negara itu termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025.

Ketibaan kedua-dua mereka disambut oleh Menteri Pertanian China, Han Jun; Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) Tianjin, Wang Chang Song dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI