PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran itu melibatkan negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Bentong dan Rompin di Pahang. Manakala kawasan yang terlibat di Selangor ialah Hulu Langat,” ujarnya.
Selain itu, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan turut dijangka terjejas. Antara kawasan yang terbabit di Sabah ialah Telupid dan Beluran di Sandakan.- KOSMO! ONLINE.