PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Sabah hari ini.
MetMalaysia Menerusi satu kenyataan yang menjangkakan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 3.00 petang.
“Antara kawasan yang terlibat termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena di Kedah, serta seluruh negeri Perlis,” ujarnya.
Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman seperti Tenom dan Beaufort serta kawasan Pantai Barat termasuk Papar.- KOSMO! ONLINE.