PETALING JAYA – Sebahagian besar kawasan di Semenanjung Malaysia serta beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kawasan yang terjejas adalah di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Sabah dan Sarawak.
“Kawasan yang terjejas di utara tanah air ialah Padang Terap di Kedah, hampir keseluruhan negeri Perak termasuk Kerian, Larut, Manjung, Kinta dan Hilir Perak. Manakala kawasan yang terjejas di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Maran dan Pekan,” ujarnya.
Selain itu, kawasan lain yang terlibat adalah di Selangor (Gombak, Petaling, Hulu Langat). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dijangkakan terjejas oleh cus a buruk tersebut.
Bagi Negeri Sembilan pula, kawasan yang terjejas ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.
Seterusnya, kawasan yang juga dijangka akan terkesan dengan cuaca buruk itu adalah di Sandakan (Telupid dan Beluran), manakala di Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian dan Sri Aman.- KOSMO! ONLINE.