fbpx
Individu memakai kostum menyerupai puntianak memanjat pintu gerbang DPRD Garut. - Lambe Turah

Puntianak keluar protes, ikut merusuh di Garut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Aksi protes di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial apabila susuk ‘puntianak’ dilihat bertenggek di atas pintu gerbang bangunan tersebut, lapor laman berita Metropolitan semalam.

Dalam video yang dimuat naik di laman sosial, salah seorang penunjuk perasaan dilihat memanjat pintu gerbang sambil memakai kostum menyerupai puntianak.

Dengan pakaian berwarna putih dan rambut panjang yang menutupi wajah, individu tersebut turut dilihat merosakkan beberapa kemudahan awam di sekitar lokasi tersebut.

“Warga dunia ghaib turut campur tangan. Puntianak turut sama turun ke demonstrasi,” kata hantaran di laman Instagram itu.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Puntianak juga mahu turut serta,” kata seorang netizen.

“Alam ghaib turut melakukan protes,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI