fbpx
Asyraf Wajdi berucap pada majlis perasmian KLSF2025 di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, hari ini. -Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Penyelidikan perlu diterjemah kepada impak masyarakat – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyelidikan dan inovasi negara perlu digerakkan melangkaui teori dengan memastikan hasilnya dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata buat masyarakat.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ribuan kertas penyelidikan dihasilkan setiap tahun namun hanya sebilangan kecil sahaja berjaya diangkat menjadi produk atau perkhidmatan yang memberi impak kepada komuniti.

“Cabaran terbesar hari ini bukan soal bakat atau ketiadaan idea bernas, tetapi bagaimana kita mampu menyeberangi jambatan daripada teori kepada transformasi. Penemuan semata-mata tidak lagi mencukupi.

“Mara melalui Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif berperanan merapatkan jurang itu dengan menyokong penyelidikan gunaan yang terus dikaitkan dengan keperluan masyarakat, sekali gus memastikan inovasi tidak berhenti di peringkat prototaip tetapi sampai ke pasaran, sekolah, klinik dan perusahaan desa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kuala Lumpur International Summit On Sustainable Future (KLSF 2025) di sini, hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, cabaran lain yang turut perlu ditangani ialah ekosistem inovasi yang masih berpecah antara universiti, agensi, industri dan komuniti sehingga mewujudkan pertindihan bukannya sinergi.

“Untuk mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG), kita mesti meruntuhkan tembok silo dan membina ekosistem inovasi yang bersepadu.

“Pada masa sama, isu aksesibiliti juga penting. Teknologi sering direka untuk pasaran yang mampu membayar, sedangkan golongan miskin tertinggal. Kelestarian tanpa keterangkuman adalah kosong,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penyelidik mengamalkan ‘last-mile mindset’ dengan menguji prototaip di kawasan luar bandar, melibatkan komuniti setempat dalam proses reka bentuk serta memastikan kos dan kebolehgunaan menjadi teras kepada inovasi.

“Kejayaan tidak boleh lagi diukur melalui bilangan kertas, paten atau kedudukan dalam ranking semata-mata.

“Penyelidikan bukan sekadar latihan akademik, tetapi instrumen nasional untuk transformasi. Inilah saat kepimpinan kita untuk menjadikan inovasi sebagai penyamarata sebenar dan mencipta impak yang mendefinisikan masa depan dunia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI