fbpx
Keadaan mangsa yang terperosok di bawah kereta tersebut.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut terperosok dibawah sebuah kereta dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Tuah Mohd. Tarmizi berusia 33 tahun.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.28 pagi dengan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya terlibat dalam operasi berkenaan.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa telah melanggar motosikal jenis Honda RS150.

“Penunggang motosikal telah terperosok di bawah kereta dan berjaya mengeluarkan mangsa,” katanya hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI