fbpx
Mohd. Khalid menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Faizal di Hospital Kuala Kubu Baharu, hari ini. FOTO IHSAN PDRM

Mohd. Khalid beri sumbangan, ziarah jenazah anggota pengiring Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Allahyarham Muhammad Faizal, 32, yang merupakan anggota Pengiring Bermotosikal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kunjungan itu, Mohd. Khalid menzahirkan ucapan takziah serta menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga arwah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, Pengarah Pengurusan, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan.

Difahamkan, jenazah Muhammad Faizal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali.

Allahyarham meninggalkan seorang balu serta tiga orang cahaya mata.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang anggota polis dari Cawangan Pengiring Istana Negara maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas ketika cuba mengelak sebatang pokok tumbang di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari Batang Kali ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin dilaporkan berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI