fbpx
SATARIAH (kanan) melihat kecederaan di bahagian dada anaknya, Muhammad Azwandi yang dirawat di HSAH, Sungai Petani malam tadi.

Lelaki hilang lepas kemalangan rupanya dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Tanda tanya mengenai kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat kemalangan susulan penemuan selipar dan serpihan motosikal semalam terungkai apabila mangsa dirawat di sebuah hospital di sini.

Menurut Tayib Bakar, 65,  malam tadi pihak polis memaklumkan anak sulungnya, Muhammad Azwandi, 40, yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal pagi Ahad lalu.

Katanya, anaknya mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang terbabas ketika melalui Jalan Taman Kelisa Ria, di sini.

“Saya mendapat maklumat tentang keberadaan anak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Jeniang. Seharian saya dan isteri (Satariah Hussain) keluar mencari Azwandi di beberapa kawasan termasuk lokasi kemalangan.

“Selepas dimaklumkan (oleh polis) kami bergegas ke hospital dan mendapati anak sudah mula sedar,” katanya di sini hari ini.

Menurut pesara polis itu, dia dimaklumkan anaknya dibawa ke hospital menggunakan ambulans selepas dijumpai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas jalan akibat nahas tersebut.

“Namun disebabkan tiada dokumen pengenalan diri, pihak hospital hanya menunggu waris datang mencari di Unit Kecemasan HSAH,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN