fbpx
SHIHA tidak selesa dengan sikap penyanyi generasi baharu yang berlebih-lebih memberi reaksi terhadap nyanyian irama tradisional sehingga 'jatuh hukum' seolah-olah mengejek atau dijadikan bahan jenaka.

‘Lagu tradisional sepatutnya dijaga, jangan direndahkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Penyanyi Shiha Zikir kecewa memikirkan sikap segelintir artis muda yang didakwa memperlekehkan lenggok dalam menyampaikan lagu tradisional.

Bagi Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 38, tindakan tersebut bukan sahaja merendahkan nilai muzik tradisional, malah boleh disalah anggap sebagai bentuk ejekan.

“Saya hargai apabila penyanyi baharu berlumba-lumba nak tunjuk kehebatan tapi bila dia buat berlebihan kepada lagu tradisional, sampaikan lenggok yang melampau serta buat reaksi muka seakan-akan geli, itu mengejek.

“Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku sebab lagu tradisional sepatutnya dijaga. Janganlah rendahkan karya tradisional. Perkara itu buat saya sedih.

“Saya harap dengan hantaran yang dibuat dapat sedarkan mereka selain jangan lagi ulangi perkara sama,” katanya kepada Kosmo! Online pada Grand Launching SFJ Group Sdn. Bhd, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Irama itu bersyukur dia bukan jenis artis lantang mengkritik secara terbuka, sebaliknya lebih selesa menegur secara bersemuka.

“Saya bersyukur mulut saya tak ‘laser’. Banyak pengalaman saya lalui dengan budak-budak baharu tetapi beberapa sahaja yang berperangai begini.

“Kalau berkesempatan nak jumpa depan-depan, baru saya tegur sebab tidak mahu jatuhkan air muka dia,” tuturnya.

Sebelum ini, Shiha ada memuat naik hantaran di Threads meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang penyanyi muda yang menyanyikan lagu dengan lenggok tradisional sambil membuat reaksi muka di belakang pentas seolah-olah mengejek.

Dia turut mendakwa, penyanyi terbabit kemudiannya menyampaikan lagu menggunakan teknik ‘riff and runs’ sekali gus dianggap tidak menghormati irama tradisional.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI