MADRID – Kelab Sepanyol, Real Betis melengkapkan perpindahan pemain idaman mereka, Antony dari Manchester United dengan yuran perpindahan bernilai €25 juta (RM123.6 juta).
Persetujuan itu turut menyaksikan kedua-dua pasukan sepakat dengan klausa keuntungan 50 peratus yang bakal diterima The Red Devils sekiranya Betis menjual Antony pada kemudian hari.
Musim lalu, Antony sudah pun bersama Betis secara pinjaman dan pemain berusia 25 tahun dari Brazil itu segera beri impak dengan menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan sekali gus percaya kelab itu mampu mengembalikan prestasinya.
Sejak menyertai United dari Ajax pada 2022, Antony membuat 62 penampilan bersama di Liga Perdana Inggeris dan hanya menjaringkan lima dan serta cipta tiga bantuan jaringan.
Selepas Marcus Rashford menyertai Barcelona, United juga turut melepaskan beberapa lagi pemain seperti Rasmus Hojlund ke Napoli, Alejandro Garnacho (Chelsea), manakala Jadon Sancho berhijrah ke Aston Villa. – AGENSI