fbpx
KOK LEONG (kiri) dan isterinya, Jane Yeoh ketika ditemui di KLIA hari ini.

Keluarga juara dunia luah rasa bangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Ibu bapa mana yang tidak berasa bangga dan gembira apabila menyaksikan anak-anak mencipta nama dalam arena sukan antarabangsa.

Itulah yang dirasai ibu bapa pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas menyaksikan gandingan No.4 dunia itu menjadi juara dunia.

Bapa Ee Wei, Toh Kok Leong menganggap kejayaan diraih anaknya itu merupakan sesuatu yang paling bermakna kerana hadir ketika negara meraikan Hari Kemerdekaan ke-68.

“Memang sangat emosi kerana ini kali pertama dapat meraih gelaran besar pada Hari Kemerdekaan. Semua rakyat Malaysia sangat berbangga.

“Kami di rumah juga mengalirkan air mata dan lebih membanggakan, dia (Ee Wei) pulang dalam keadaan sihat tanpa kecederaan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

TANG JIE (tengah) bergambar bersama ibunya, Keat Siew (dua dari kanan) ketika tiba di KLIA hari ini.

Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis Ahad lalu, Tang Jie-Ee Wei dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14.

Lebih manis, mereka turut mencipta sejarah menjadi beregu campuran pertama negara yang meraih kejuaraan di Kejohanan Dunia.

Sementara itu, ibu Tang Jie, Chen Keat Siew berkata, pencapaian kali ini lebih manis jika dibandingkan dengan gelaran Terbuka Korea tahun lalu yang turut diraih pada Hari Kemerdekaan.

“Memang gembira dan teruja. Ia juga istimewa kerana jatuh pada Hari Kemerdekaan, sama seperti gelaran Terbuka Korea dahulu tetapi sekarang adalah juara dunia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN