fbpx
SATU keajaiban terjadi apabila satu kalimah Allah muncul terbentuk daripada kepulan awan di langit Segamat awal pagi ini.

Kalimah Allah menyinar di langit Segamat pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Satu keajaiban terjadi apabila satu kalimah Allah muncul terbentuk daripada kepulan awan di langit Segamat awal pagi ini.

Menurut saksi kejadian, Norina Hassan, 52, dia yang sedang memandu kereta dari Taman Yayasan ke tempat kerja di Jalan Segamat-Kuantan, merasa terkejut melihat kepulan awan di langit yang terbentuk tulisan kalimah Allah dari tulisan jawi, Alif Lam Lam Ha.

“Sewaktu kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi cuaca juga baik dan matahari hendak mula terbit.

“Saya terus memberhentikan kereta di bahu jalan untuk merakamkan kejadian itu kerana ini pertama kali saya saksikan kebesaran Allah seperti itu.

“Masyallah Subhanallah..besarnya kuasa Allah. Saya nampak kalimah Allah di hening pagi subuh. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah S.W.T,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norina, sewaktu kejadian, kepulan awan tulisan kalimah Allah tu lebih kelihatan jelas apabila dilihat dengan mata kasar berbanding dengan gambar yang dirakamnya selepas beberapa minit itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI