fbpx
Gambar hiasan.

Jangan bersedih, masih banyak lagi cuti bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA — Bagi pekerja yang baru sahaja kembali ke pejabat selepas berehat panjang bermula hari Sabtu sehingga semalam susulan cuti hujung minggu dan Hari Kebangsaan, usah bersedih kerana masih banyak lagi cuti umum menanti sepanjang bulan ini.

Menurut kalendar cuti persekutuan, rakyat Malaysia bakal menikmati beberapa hari kelepasan rasmi, termasuk cuti Hari Malaysia pada 15 dan 16 September serta negeri tertentu turut diberikan cuti tambahan seperti Maulidur Rasul pada Jumaat ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai menyifatkan bulan ini sebagai ‘bulan bercuti’ apabila ia turut diserikan dengan kehadiran cuti persekolahan selama seminggu bermula 12 atau 13 hingga 20 atau 21 September 2025.

“Bagi mereka yang bijak merancang cuti tahunan, bulan September dianggap bulan terbaik untuk mengatur percutian pendek bersama keluarga kerana beberapa cuti jatuh berdekatan hujung minggu,” kata Ayuni.

“Saya rasa bulan September tahun ni paling bahagia. Banyak cuti umum,” kata Raffishah Rafidah.

“Yang ada anak kecil…bertabah la. Cuti sekolah bakal bermula, hari pertama okey lagi. Hari ke-3, satu taman taman boleh dengar suara mak-mak menjerit,” seloroh Sutra Kayangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI