Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kelmarin, puluhan ribu rakyat Malaysia berbilang bangsa hadir meraikan sambutan Hari Kebangsaan di setiap negeri. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menyambut hari bersejarah negara. Ada yang sanggup datang seawal pukul 6 pagi ke acara perbarisan sambil mengibar Jalur Gemilang selain menghias si kecil dengan busana bertemakan warna bendera Malaysia. Semangat rakyat kepada negara bukan sekadar hadir pada hari perbarisan, malah ada yang sanggup berhabis menghias rumah dan kenderaan masing-masing dengan Jalur Gemilang. Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan……