fbpx
Keadaan kereta yang terbabas di Lebuhraya Lekas, selepas Tol Semenyih menghala ke Kajang, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Honda Stream terbabas, enam sekeluarga nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMENYIH – Enam sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Lebuhraya Lekas, selepas Tol Semenyih menghala ke Kajang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang itu, kereta Honda Stream dinaiki enam sekeluarga sebelum terbabas di lokasi berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 petang.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kesemua mangsa sudah berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan turut berada di tempat kejadian.

“Seorang wanita mengalami kecederaan pada bahu, seorang kanak-kanak cedera ringan manakala empat lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi itu melibatkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dengan kekuatan enam anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI