fbpx
Keadaan mangsa yang terperosok di bawah kereta tersebut.

Gangguan serangga punca langgar maut penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Gangguan serangga di bahagian mata dipercayai punca seorang pemandu kereta melanggar penunggang motosikal sehingga maut dalam kejadian di Kilometer 10.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.10 pagi mengakibatkan penunggang motosikal lelaki berusia 33 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan menghala Kuala Lumpur dari Kuala Selangor.

Katanya, pemandu berusia 20 tahun itu kemudiannya telah melanggar penunggang motosikal jenis RS150 di hadapannya.

“Pelanggaran berlaku di lorong kiri disebabkan oleh gangguan serangga di bahagian mata kanan pemandu kereta ketika memandu.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kata beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang dah hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan kepala yang teruk.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang penunggang motosikal maut terperosok dibawah sebuah kereta dalam kemalangan di Latar itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI