fbpx
PIASTRI muncul juara saingan GP Belanda untuk terus menguasai kedudukan keseluruhan kategoriu pemandu. - AFP

F1: Piastri mula jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZANDVOORT – Pelumba McLaren, Oscar Piastri terus menjarakkan kedudukan dalam carta kejuaraan dunia Formula Satu (F1) selepas memenangi Grand Prix (GP) Belanda di Litar Zandvoort kelmarin.

Pelumba kelahiran Australia itu dianggap sebagai pilihan untuk muncul juara dunia pada saingan musim ini selepas pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Lando Norris tidak menamatkan perlumbaan.

Bagaimanapun, Piastri menegaskan, dia enggan terlalu yakin kerana menganggap saingan musim ini masih panjang selain mahu memberikan fokus terhadap satu demi satu perlumbaan akan datang.

“Memulakan perlumbaan di petak hadapan sememangnya menjadi satu kelebihan hari ini (kelmarin). Saya harap kami boleh kekalkan prestasi seperti ini untuk jangka masa yang lebih panjang.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu selesa kerana saingan musim ini masih panjang. Sudah tentu ia akan menjadi cabaran sukar dan saya hanya mahu fokus terhadap satu demi satu perlumbaan,” katanya.

Dalam pada itu, Piastri juga gembira selepas pasukannya dapat mencari jalan untuk memperbaiki prestasi jentera yang seterusnya membantu dia untuk mendapatkan petak hadapan pada sesi kelayakan.

“Tidak ada apa yang istimewa, cuma saya hanya mencari jalan untuk meningkatkan kemampuan diri. Pada awal saingan minggu ini, ia agak sukar tetapi pasukan banyak membantu hingga kami mendapat petak hadapan,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI