fbpx
HAALAND membuka tirai jaringan buat City, namun gagal mengekalkan kelebihan tersebut apabila tewas kepada Brighton. - AFP

EPL: Man. City berdepan tamparan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRIGHTON – Tempoh setengah jam terakhir menjadi detik paling mengaibkan buat Manchester City yang alami kekekalahan 1-2 kepada Brighton pada aksi di Stadium Amex, kelmarin.

Guardiola menyifatkan para pemainnya gagal untuk mengekalkan apa yang dijelmakan pada tempoh satu jam pertama dan situasi itu nyata cukup mengecewakannya.

“Kami melepaskan gol pertama dan selepas itu momentum pasukan mula berubah. Sebelum itu, segalanya cukup bagus dan kami kelihatan agresif, dinamik dan berjaya mencipta banyak peluang.

“Kami mampu mengharungi tempoh satu jam dengan cukup baik namun tempoh setengah jam terakhir selepas itu, ia seakan menjadi sebaliknya. Kami seperti terlupa untuk melakukan hantaran.

“Kami hanya bermain dengan menerapkan hantaran jauh dan apa yang boleh saya simpulkan, kami tidak bermain dengan bagus,” katanya yang enggan panik kerana anggap perjalanan musim ini masih lagi jauh.

Terdahulu, penyerang Norway, Erling Haaland terlebih dulu meletakkan City di depan, namun Brighton mempamerkan kebangkitan hebat dengan memperoleh dua gol menerusi James Milner dan Braja Gruda.

“Kami memiliki skuad yang cukup bagus dan turut melakukan banyak perubahan. Ini adalah normal, malah kami juga perlu beri masa kepada pemain baharu menyesuaikan diri dengan pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI