fbpx
Gambar hiasan.

Dua lelaki ditahan kes pecah rumah di Felda Gedangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di kawasan Felda Gedangsa, di sini dicekup polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, tangkapan itu dilakukan hasil serbuan di beberapa lokasi berasingan sekitar kawasan terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.

“Suspek berusia lingkungan 30-an dan 60-an itu ditahan bersama beberapa barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah. Antara yang dirampas ialah sebuah radio berwarna merah, sebilah pisau tembaga, alat tembaga merenjis air mawar serta satu cembul tembaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai sejarah kes jenayah serta dadah, namun ujian air kencing didapati negatif.

“Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 4 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI