fbpx
Mohd. Na'im bercakap kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 di Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Cadangan transformasi TH dirujuk kepada Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Cadangan transformasi Tabung Haji (TH) kepada sebuah sebuah institusi pelaburan Islam yang lebih dinamik akan dirujuk terlebih dahulu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau telah meminta pengurusan TH untuk memberikan taklimat berhubung perkara itu sebelum membentangkan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, beliau juga akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Perdana Menteri berhubung hala tuju TH itu.

“Perdana Menteri sangat prihatin dengan TH dan apa pun kami akan rujuk kepada beliau terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, TH sedang mengkaji secara serius untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai sebahagian daripada langkah transformasinya berubah daripada sebuah institusi simpanan syariah kepada sebuah institusi pelaburan Islam.

Jelas Mohd. Na’im lagi, pihaknya akan memberi sokongan bagi tujuan itu asalkan ia menjamin kepentingan TH dan juga pendeposit.

“Ia adalah asas dan dasar yang mesti dan wajib dipatuhi oleh TH dan saya yakin dengan kepimpinan pengerusi, ahli lembaga, ketua pegawai eksekutif dan pengarah yang ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI