fbpx
JACKSON bakal memperkuat jentera serangan Bayern untuk sepanjang musim ini apabila melengkapkan perpindahan secara pinjaman. - FB BAYERN MUNICH

Bundesliga: Peluang Jackson buktikan Chelsea silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich melengkapkan perpindahan secara pinjaman untuk penyerang ‘buangan’ Chelsea, Nicolas Jackson dengan pilihan untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal.

Bayern membayar nilai pinjaman £14.3 juta (RM81.71 juta) untuk tempoh pinjaman semusim, manakala bayaran perpindahan tetap dianggarkan bernilai £56.2 juta (RM321.13 juta) bergantung kepada prestasi dan jumlah penampilannya musim ini.

Pemain antarabangsa Senegal itu menyertai Chelsea dari Villarreal pada 2023 dengan nilai perpindahan £32 juta (RM182.85 juta) dan berjaya meledak 30 gol dalam 81 penampilan bersama The Blues.

“Saya gembira untuk menjadi sebahagian kelab hebat ini. Bayern merupakan salah satu kelab terbesar di dunia. Semua orang tahu berapa ramai legenda yang telah dilahirkan di sini,” katanya.

Sebelum ini, Jackson dan Bayern sudah bersetuju dengan terma peribadi untuk perpindahan secara tetap, namun Chelsea berbelah bahagi untuk melepaskannya apabila Liam Delap mengalami kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI