fbpx
Mangsa maut selepas terbabas ketika cuba mengelak sebatang pokok tumbang.

Anggota Cawangan Pengiring Istana Negara maut elak pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang anggota polis dari Cawangan Pengiring Istana Negara maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak sebatang pokok tumbang di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa Muhammad Faizal Ab. Razak berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Batang Kali ke Kuala Lumpur untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Salleh Abd. Rahman di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi Instagram menzahirkan ucapan takziah buat Allahyarham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI