PETALING JAYA – Akaun Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, dibanjiri ucapan doa dan kata-kata semangat daripada peminat selepas kisah rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Rata-rata pengguna media sosial tampil meluahkan sokongan agar pemain sayap Selangor FC atau lebih mesra digelar Mickey untuk sentiasa kekal tabah menghadapi cabaran hidup ketika ini.
“insha-Allah Faisal terus ke depan, good luck (selamat maju jaya) Mickey,” tulis Mohdsaifulanuar.
“Sentiasa kuat Mickey, semoga dipermudahkan,” kata fizi johari.
“Kuat ujian awak Mickey.” komen ringkas Shazirul.
“Semoga kuat Mickey, ada hikmah disebalik ujian Allah,” jelas missddnurla.
Terdahulu, isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pukul 2.30 petang tadi.
Difahamkan, proses itu hanyalah sebutan awal dan belum ada keputusan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.
Untuk rekod, Faisal berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.
Sebelum ini, Faisal pernah melalui dugaan besar apabila disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, pada 8 Mei lalu, peguam kepada Faisal mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemain itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut oleh Pejabat Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE